Pages

Friday 16 September 2011

Tips Membeli Barang & Sign Up Perkhidmatan Part 1


1
Hello manusia sekalian.



Disebabkan korang semua ni kaki shopping, disini say ingin tulis-tulis beberapa tips untuk membeli barang dan sign up apa-apa perkhidmatan. Tips saya kali ini lebih fokus kepada brang-barang elektronik. Enjoy.


 Jenama China paling laris di Malaysia



 BUAT KAJIAN DI INTERNET
Sebelum beli apa-apa barang terutama barangan elektronik (kamera, laptop, handphone), sebaik-baiknya buat kajian di internet tentang harga pasaran, tempat pengedar yang sah di tempat anda, spesifikasi sesuatu barang.



2.     BUAT SURVEY (BAGI YANG RAJIN)
Ini khas untuk mereka yang nak save budget dan yang tidak mahu susah di hari akan datang. Kalau anda minat dengan sesuatu barang itu terutama barangan elektronik, sebaik-baiknya anda survey-survey di kedai-kedai untuk membuat perbandingan harga, apa free gift yang kita dapat, warranty, ada extra charge ke  dan apa-apa yang perlu.



3.     BELI DENGAN PENGEDAR YANG SAH
Barangan seperti kamera atau smartphone lebih baik dibeli dengan pengedar yang sah. Sebab kalau bukan pengedar yang sah, kemungkinan besar yang anda akan dapat ialah, barangan bukan dibuat dari negara asal (Nikon made in Thailand), warranty yang mengecewakan (blackberry anda masuk warranty selama 5 bulan) dan barangan tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang sepatutnya.



 Kamera Nikon made in Thailand berleluasa



4.     RESIT + COP BERALAMAT
Ini penting supaya apabila barangan anda ada masalah atau ingin claim warranty, anda boleh pergi terus ke pejabat pusat syarikat tersebut.


 Blackberry Storm???



5.     WARRANTY
Pastikan barang-barang yang anda beli ada warranty. Simpan semua kad warranty dan resit pembelian untuk kegunaan masa akan dating. Tanya juga berapa lama warranty dan tanya warranty anda merangkumi apa. Jangan malas.



6.     CARELINE
Khas untuk mereka yang sign up internet broadband. Sekurang-kurangnya anda kena tahu apa number careline yang perlu anda hubungi sekiranya ada masalah. Careline selalunya adalah free-tol. Jangan jadi b***d sangat sampai anda datang ke tempat anda sign up atau tempat anda bayar bill dan complain2 dan mengungkit bahawasanya anda telah rugi sebab membayar, rugi masa dan rugi duit minyak. (Saya mesti troll pasal ni)


 Walkman: Paling laris masa zaman muda-muda dulu. Just accept the fact.



7.     COPY SEMUA BORANG
Apa-apa perkhidmatan anda sign up atau barang-barang yang anda beli melalui EPP (easy payment plan), sebaik-baiknya anda copy semua borang-borang yang anda isi untuk kegunaan masa akan datang. (Contoh: Anda nak saman syarikat tersebut)



8.     PERIKSA BARANG BETUL-BETUL
Barang-barang yang anda beli itu sebaik-baiknya periksa terdahulu. Manalah tahu barang tersebut 2nd hand, ada kekurangan, calar, rosak dan macam-macam lagi.




Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak dan berhemah. Biar lambat, yang penting tak rugi. Nanti akan ada entri untuk part 2 akan datang. Apa-apa pun, Selamat Hari Malaysia. *Problem?*

0 comments:

Post a Comment