Pages

Thursday 15 September 2011

KENAPA LELAKI ADA PAYUDARA

Hello manusia dan makhluk asing sekalian


Pernahkah anda terfikir kenapa makhluk paling hebat di dunia iaitu LELAKI ada susu @ nipples @ male breast? Dan pernah terfikirkah apa fungsi nipples lelaki? Saya pernah tanya rakan-rakan di Twitter pasal perkara ni tapi mereka pakat-pakat retweet soalanku. Haaisshh.. Takpe, biar saya cari di internet. Cari punya cari dan akhirnya jumpa juga sebabnya kenapa lelaki ada nipples dan beberapa fakta tentang nipples lelaki. (agak pelik untuk guna istilah payudara lelaki)

 



 
KEJADIAN NIPPLES LELAKI:
Sebenarnya nipples lelaki adalah tinggalan dari rahim ibu. Embrio lelaki dan perempuan mempunyai tisu dan bahagian-bahagian badan yang sama. Bermakna semasa kita dalam rahim, lelaki dan perempuan sama sahaja dan sama-sama ada nipples. Kromosom Y dan hormone testosterone yang menyebabkan embrio lelaki menjadi “maskulin”. Hormon testosterone yang menyebabkan pertumbuhan buah zakar dan kemaluan lelaki. Tetapi nipples lelaki tetap ada dan tidak membesar sebab kurang kehadiran hormon estrogen. 


FUNGSI:
Nipples lelaki dan kulit susu (breast skin) sebenarnya tiada fungsi yang khusus melainkan hiasan semata-mata dan untuk melindungi jantung dan paru-paru dari kecederaan.



BOLEHKAH LELAKI HASILAKAN SUSU BADAN? :
Jawapannya ialah YA. Lelaki boleh hasilkan susu badan. Bagaimana? Tahap hormon estrogen wanita yang hadir dalam semua manusia. Akibat daripada penyakit atau keadaan yang mempengaruhi hormon, tisu payu dara dalam kalangan kaum lelaki boleh membesar (gynecomastia-pembesaran payudara yang abnormal) dan lelaki boleh mengeluarkan susu.

Gynacomastia adalah lebih biasa dilihat pada remaja, satu tempoh dalam pembangunan apabila hormon  banyak berubah-ubah. Ia juga dilihat dalam beberapa lelaki dengan penyakit hati dan kadang-kadang dalam penagih alkohol.



LELAKI DAN BREAST CANCER:
Disebabkan lelaki juga mempunya sedikit hormon estrogen dalam badan, lelaki juga mempunyai potensi untuk menghidapi kanser payudara. *Nightmare*



PENUTUP:
Jaga pemakanan dan gaya hidup kita supaya tidak terkena kanser payudara. Lelaki jangan nak mengada-ngada nak telan pil estrogen. Kepada mak nyah, anda mempunyai potensi untuk terkena kanser payudara. Kepada perempuan, jangan nak mengada-ngada suruh BF/suami korang breastfeeding anak-anak korang...hehehehe..
P/S: Siapa-siapa yang baik hati ingin berkongsi fakta, bolehlah bagi di ruang komen supaya saya boleh improve entri ini. Thank you.


Rujukan:

0 comments:

Post a Comment