Pages

Thursday 27 September 2012

What do I want to achieve in the future?

 In the few years from now on, there are some things that I want to achieves. I want to get a degree in tourism and have result with flying color. I want to have a travel agency fully owned by me. My focus in travel agency is ticketing. I also at that time have a stable income average RM100,000 per month. That time also I have travel to all my dreams countries such us New Zealand, Japan, Canada, Iceland and Greenland for sight-seeing their spectacular nature surrounding. I also at that time own a land and a house. Small but neat house for me and my family. I also wish to take a part time study in diploma while I'm running my own company.


(This is an assignment for my class)

Friday 16 September 2011

Tips Membeli Barang & Sign Up Perkhidmatan Part 1


1
Hello manusia sekalian.



Disebabkan korang semua ni kaki shopping, disini say ingin tulis-tulis beberapa tips untuk membeli barang dan sign up apa-apa perkhidmatan. Tips saya kali ini lebih fokus kepada brang-barang elektronik. Enjoy.


 Jenama China paling laris di Malaysia



 BUAT KAJIAN DI INTERNET
Sebelum beli apa-apa barang terutama barangan elektronik (kamera, laptop, handphone), sebaik-baiknya buat kajian di internet tentang harga pasaran, tempat pengedar yang sah di tempat anda, spesifikasi sesuatu barang.



2.     BUAT SURVEY (BAGI YANG RAJIN)
Ini khas untuk mereka yang nak save budget dan yang tidak mahu susah di hari akan datang. Kalau anda minat dengan sesuatu barang itu terutama barangan elektronik, sebaik-baiknya anda survey-survey di kedai-kedai untuk membuat perbandingan harga, apa free gift yang kita dapat, warranty, ada extra charge ke  dan apa-apa yang perlu.



3.     BELI DENGAN PENGEDAR YANG SAH
Barangan seperti kamera atau smartphone lebih baik dibeli dengan pengedar yang sah. Sebab kalau bukan pengedar yang sah, kemungkinan besar yang anda akan dapat ialah, barangan bukan dibuat dari negara asal (Nikon made in Thailand), warranty yang mengecewakan (blackberry anda masuk warranty selama 5 bulan) dan barangan tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang sepatutnya.



 Kamera Nikon made in Thailand berleluasa



4.     RESIT + COP BERALAMAT
Ini penting supaya apabila barangan anda ada masalah atau ingin claim warranty, anda boleh pergi terus ke pejabat pusat syarikat tersebut.


 Blackberry Storm???



5.     WARRANTY
Pastikan barang-barang yang anda beli ada warranty. Simpan semua kad warranty dan resit pembelian untuk kegunaan masa akan dating. Tanya juga berapa lama warranty dan tanya warranty anda merangkumi apa. Jangan malas.



6.     CARELINE
Khas untuk mereka yang sign up internet broadband. Sekurang-kurangnya anda kena tahu apa number careline yang perlu anda hubungi sekiranya ada masalah. Careline selalunya adalah free-tol. Jangan jadi b***d sangat sampai anda datang ke tempat anda sign up atau tempat anda bayar bill dan complain2 dan mengungkit bahawasanya anda telah rugi sebab membayar, rugi masa dan rugi duit minyak. (Saya mesti troll pasal ni)


 Walkman: Paling laris masa zaman muda-muda dulu. Just accept the fact.



7.     COPY SEMUA BORANG
Apa-apa perkhidmatan anda sign up atau barang-barang yang anda beli melalui EPP (easy payment plan), sebaik-baiknya anda copy semua borang-borang yang anda isi untuk kegunaan masa akan datang. (Contoh: Anda nak saman syarikat tersebut)



8.     PERIKSA BARANG BETUL-BETUL
Barang-barang yang anda beli itu sebaik-baiknya periksa terdahulu. Manalah tahu barang tersebut 2nd hand, ada kekurangan, calar, rosak dan macam-macam lagi.




Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak dan berhemah. Biar lambat, yang penting tak rugi. Nanti akan ada entri untuk part 2 akan datang. Apa-apa pun, Selamat Hari Malaysia. *Problem?*

Thursday 15 September 2011

Malaysian Thought About End of August 2011

Hello boys and girls sekalian









P/S: Aku agak bingung sekarang. Banyak benda mau di edit dalam blog ni. Esok kerja lagi. Sibuk lagi mau study dan mau siapkan beberapa entri. Apa-apa pun, selamat menyambut Hari Malaysia. *Me Gusta*

Mythbusting (Intro)



Hello manusia kalian.






Mulai dari hari ini, saya akan buat satu entri tentang mythbuster. Bukan Mythbuster Discovery Channel tapi ini membongkar rahsia atau apa-apa perkara yang ingin dipertikai seperti khabar angin, surat berantai, email forward, cerita rakyat, fakta-fakta yang bertaburan di internet dan apa-apalah yang boleh dipertikai. Anda boleh hantar ke email saya tentang apa-apa perkara yang anda mahu saya kaji dan terokai.


Selepas saya kaji, saya akan bagi grading seperti berikut:

APPROVED – Fakta tersebut adalah betul dan boleh diterima pakai.

PLAUSIBLE – Kemungkinan besar fakta tersebut benar atau mungkin ada penjelasan yang lain.

BUSTED – Fakta yang serba penipu dan tidak boleh diterima pakai.

CHEAP – Fakta yang mengada-ngada. Lebih kurang seperti BUSTED.

MYSTERY – Fakta tersebut kekal misteri dan mungkin akan dikaji lagi pada masa akan datang atau mungkin kekal misteri.


Last sekali, jangan tanya soalan yang super tidak masuk akan seperti kenapa ikan tiada kaki, kenapa ular tidak makan sayur, kenapa otak manusia dalam kepala dan yang sewaktu dengannya. Itu sahaja yang saya mahu sampaikan. Have a nice day.

KENAPA LELAKI ADA PAYUDARA

Hello manusia dan makhluk asing sekalian


Pernahkah anda terfikir kenapa makhluk paling hebat di dunia iaitu LELAKI ada susu @ nipples @ male breast? Dan pernah terfikirkah apa fungsi nipples lelaki? Saya pernah tanya rakan-rakan di Twitter pasal perkara ni tapi mereka pakat-pakat retweet soalanku. Haaisshh.. Takpe, biar saya cari di internet. Cari punya cari dan akhirnya jumpa juga sebabnya kenapa lelaki ada nipples dan beberapa fakta tentang nipples lelaki. (agak pelik untuk guna istilah payudara lelaki)

 



 
KEJADIAN NIPPLES LELAKI:
Sebenarnya nipples lelaki adalah tinggalan dari rahim ibu. Embrio lelaki dan perempuan mempunyai tisu dan bahagian-bahagian badan yang sama. Bermakna semasa kita dalam rahim, lelaki dan perempuan sama sahaja dan sama-sama ada nipples. Kromosom Y dan hormone testosterone yang menyebabkan embrio lelaki menjadi “maskulin”. Hormon testosterone yang menyebabkan pertumbuhan buah zakar dan kemaluan lelaki. Tetapi nipples lelaki tetap ada dan tidak membesar sebab kurang kehadiran hormon estrogen. 


FUNGSI:
Nipples lelaki dan kulit susu (breast skin) sebenarnya tiada fungsi yang khusus melainkan hiasan semata-mata dan untuk melindungi jantung dan paru-paru dari kecederaan.



BOLEHKAH LELAKI HASILAKAN SUSU BADAN? :
Jawapannya ialah YA. Lelaki boleh hasilkan susu badan. Bagaimana? Tahap hormon estrogen wanita yang hadir dalam semua manusia. Akibat daripada penyakit atau keadaan yang mempengaruhi hormon, tisu payu dara dalam kalangan kaum lelaki boleh membesar (gynecomastia-pembesaran payudara yang abnormal) dan lelaki boleh mengeluarkan susu.

Gynacomastia adalah lebih biasa dilihat pada remaja, satu tempoh dalam pembangunan apabila hormon  banyak berubah-ubah. Ia juga dilihat dalam beberapa lelaki dengan penyakit hati dan kadang-kadang dalam penagih alkohol.



LELAKI DAN BREAST CANCER:
Disebabkan lelaki juga mempunya sedikit hormon estrogen dalam badan, lelaki juga mempunyai potensi untuk menghidapi kanser payudara. *Nightmare*



PENUTUP:
Jaga pemakanan dan gaya hidup kita supaya tidak terkena kanser payudara. Lelaki jangan nak mengada-ngada nak telan pil estrogen. Kepada mak nyah, anda mempunyai potensi untuk terkena kanser payudara. Kepada perempuan, jangan nak mengada-ngada suruh BF/suami korang breastfeeding anak-anak korang...hehehehe..
P/S: Siapa-siapa yang baik hati ingin berkongsi fakta, bolehlah bagi di ruang komen supaya saya boleh improve entri ini. Thank you.


Rujukan: