Pages

Monday, 1 August 2011

TIPS ELAK DIBENCI OLEH RAKAN SEKERJA DAN MAJIKAN

Salam sejahtera kepada korang semua.

Scene 1:
Bermulanya satu cerita yang agak biasa pada bulan lepas. Satu hari masa aku tunggu bas, tiba-tiba ada seorang remaja lelaki duduk di sebelah. Dia perkenalkan dirinya. Lupa nama dia. Dia tanya apa yang saya tengah buat sekarang. Study kah. Saya kata saya sekarang bekerja. Kemudian dia terus tanya macam-macam soalan dan satu soalan yang agak sensitive “berapa gaji abang?”  Aku cakap cuku-cukup makan je.

Scene 2:
Masa aku mula-mula masuk kerja dulu, aku berkenalan dengan beberapa rakan kerja yang sudah lama(senior). Dan semakin lama semakin hari, saya selalu menunjuk-nunjuk yang saya banyak benda yang saya boleh buat dan saya da banyak gadjet seperti laptop, broadband, smartphone dan macam-macam lagi.
Satu hari tu, boss tahu tentang saya dan dia terus bagi saya macam-macam kerja. Mulnya saya rasa seronok tapi lama-kelamaan saya rasa agak tertekan. Lama-kelamaan saya pun lari dari tempat kerja setelah beberapa bulan bekerja.


Merujuk kepada 2 scene di atas, saya akan bagi tips perkara-perkara yang anda TIDAK patut buat sekiranya anda baru mula bekerja.



1.       JANGAN TUNJUKKAN ANDA SEORANG YANG HEBAT
Tidak kisah anda kelulusan apa atau anda mempunyai banyak benda yang anda pandai, jangan sesekali tunjukkan dengan orang atasan kita atau dengan rakan sekerja kita. Kita mau tunjukkan pandai dengan tujuan supaya boss akan puji kita. No way in hell he is gonna applaud you. 95% daripada boss2 akan bertindak sebaliknya. Majikan kita akan cari jalan untuk kenakan kita balik. Just do what you are paid to do. Nothing more.


2.       BERHATI-HATI BILA ANDA INGIN BELANJA RAKAN SEKERJA
Agak pelik bunyinya tapi itulah reality. Kalau nak belanja rakan sekerja korang, jangan belanja satu orang, Kalau boleh belanja semua orang (tidak termasuk orang atasan). Kalau nak belanja rakan sekerja yang tertentu, anda belanjalah di tempat yan lain dan jangan orang lain tahu. Sebabnya mudah saja. Contoh anda adalah si A. Dalam kumpulan kerja anda, ada si B, C dan D. Satu hari itu si A belanja si B. C dan D tahu yang si A belanja si B. Lepas beberapa lama, si A ada masalah dalam kerja. 95% C dan D takkan tolong punya. Kalau boleh, mereka lagi suka tengok si A kesusahan. Ini boleh dikatakan sebagai “jealous dalam alam bekerja”. Keep that in mind.


3.       LOW PROFILE
Ini point pun agak penting jugak. Hormat orang lain terutama mereka yang senior atau atasan kita. Backstab dalam alam pekerjaan memang banyak berlaku. Just be cool. Jangan nak lebih-lebih.


4.       JANGAN SESEKALI CUBA UNTUK MELEBIHI MAJIKAN KITA
Ini sama dengan point 1 tapi ini lebih spesifik untuk majikan kita. Kita cuba untuk melebihi majikan dengan harapan kita dapat pujian tapi sebaliknya yang akan terjadi. Bila majikan anda guna BB Curve 8520, anda pula guna BB Bold 9780. Majikan guna Proton Iswara, anda guna Proton Perdana. Majikan beli spek mata RM500, anda beli spek mata ala-ala Morpheus(matrix) harga RM999. Anda buat perkara-perkara tadi, kemungkinan yang agak besar majikan anda akan cari jalan untuk jatuhkan kita. Kalau korang mau lebih dari majikan anda, anda jangan tunjuk depan dia atau anda minta kebenaran dengan dia. (pelik tapi benar)


5.       JANGAN TANYA PASAL GAJI ORANG LAIN
Cuba anda tanya gaji orang lain yang satu kerja dengan anda terutama yang sudah berkeluarga. Orang tu kemungkinan besar tidak akan menjawab soalan kita atau menjawab dengan berat hati. Tapi itu bukan masalahanya. Masalahnya ialah timbul satu titik hitam dalam hati orang tersebut. Dan titik-titik hitam ni akan terus bertambah sekiranya anda selalu Tanya pasal gaji orang lain di tempat kerja anda. Kenapa titik hitam? Okay, actually gaji ni boleh consider sebagai maklumat peribadi seseorang itu. Sebab gaji merupakan bench mark bagi keupayaan atau kebolehan seseorang itu. Mind set kita yang tipikal ialah orang yang gaji rendah ni memang kurang kepakaran atau mungkin tak pandai dan orang yang tinggi gaji adalah orang yang berkebolehan. So, elakkan dari bertanya tentang gaji orang lain. Dan orang yang dipenuhi oleh titik-titik hitam ini satu hari nanti akan mengenakan kita sekiranya kita ada masalah. Orang lain pun akan mula menjauhkan diri dari anda.


6.       JANGAN PINJAM DUIT RAKAN SEKERJA
Jangan sesekali cuba untuk pinjam duit dari orang lain. Semua orang yang makan gaji perlu duit. Untuk diri sendiri, keperluan asas, bayar bill, bayar sewa dan untuk perbelanjaan keluarga. Dan orang-orang ni tidak mahu bajet perbelanjaan mereka lari dari yang asal. Anda cuba pinjma dari mereka terutama yang sudah kahwin. Anda mungkin akan dapat perkara buruk seperti dalam point 5.



Buat masa ni, ini saja tips yang saya boleh bagi. Dalam masa yang terdekat, saya akan tambah lagi tips-tips supaya tidak dibenci oleh rakan-rakan sekerja. Anda ada sebarang pendapat atau komen? (saya rasa bahasa saya dalam entri ni agak awfully, sorry)

Sumber inspirasi: http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/07/10-cara-elak-di-benci-pelajar-senior.html


0 comments:

Post a Comment